Amalan
mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik,
kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau,
menyebut:
‘Mandi
bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali
segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat
pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’
“Mandi
bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan penyerap tenaga matahari
yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita
mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta
diproses oleh bunga.”
Oleh
itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi
nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali.
Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan
tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.
Amalan
mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak
memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis
perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan
dengannya.
credit to : Harian Islam.Com
0 comments:
Post a Comment